MADU LEBAH: Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis

 
Madu pada pandangan islam
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. 

Sabda Baginda :
 Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" 
(Hadis riwayat Abu Daud) 

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. 

Firman Allah dalam surah an-Nahl:"Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia"(Surah An-NAhl: 69). 

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda: 

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." 
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. 

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup. 

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi: 

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar." 

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. 

Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir. 

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

    Madu Lebah

    Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .

    Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.
    Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl) Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.
    Firman Allah: (Q:16:68-69)
    Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.
    Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.
    Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.

    Proses Yang Dilakukan Oleh Lebah
    % Kandungan Air
    % Kandungan Gula
    Peringkat pertama
    55-60
    35-40
    Peringkat kedua
    40-50
    50-60
    Peringkat ketiga
    19-21
    79-81


    Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu

    Kandungan Madu Asli
    %
    Air
    16-25
    Gula(Devolose &Dextrose)
    75-83
    Sucrose
    5
    Dextrin ,Maltose &Gam
    1-12
    Galian (Abu) (Minerals)
    0.25
    Lain-lain
    28.75
    Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu"
    Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.

    Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.
    Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.
    Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat .Khasiat madu lebah antaranya:



     Digunakan sebagai ubat sakit perut.
     Menghilangkan ketagihan dadah
     Menghilangkan kahak.
     Memutih dan menguatkan gigi.
     Menghilangkan kesan terbakar pada kulit.
     Menguatkan badan,bagi yang berumur.

    Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.
    Walau bagaimanapun terdapat satu amaran bahawa madu tidak boleh dimakan bersama dengan tembikai. Perihal mengenai madu lebah bukan saja terdapat dalam Al-Quran tetapi juga terdapat di dalam bible.

    Fungsi Madu Dan Peranannya.


    * Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
    * Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari
    serangan anemia.
    * Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
    * Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan
    lagi proses penyembuhan.
    * Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
    * Sumber laxative yang natural dan lembut
    * Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
    * Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir
    yang memudaratkan





    NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri





    Kelebihan

    1. BAYI/KANAK-KANAK:
    a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
    b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
    c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
    d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.



    2. REMAJA:
    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.



    3. WANITA:
    a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
    b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



    4. LELAKI:
    a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
    b) Menguatkan tenaga batin.



    5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)



    6. UNTUK SEMUA:
    a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
    b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
    c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
    d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
    e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
    f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
    g) Memulihkan batuk dan lelah.
    h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
    i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
    j) Baik untuk perempuan bersalin.
    k) Membantu/menerangkan pemandangan.


    Khasiat Madu Lebah
    A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
    1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
    2. Memulihkan sel-sel urat besar.
    3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
    4. Merangsang tenaga batin.


    B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
    1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
    2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
    3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
    4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



    Kebaikan Mengikut Peringkat Usia Dan Golongan

    1. BAYI/KANAK-KANAK:
    a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
    b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
    c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
    d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


    2. REMAJA:
    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.


    3. WANITA:
    a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
    b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.


    4. LELAKI:
    a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
    b) Menguatkan tenaga batin.


    5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)


    6. UNTUK SEMUA:
    a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
    b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
    c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
    d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
    e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
    f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
    g) Memulihkan batuk dan lelah.
    h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
    i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
    j) Baik untuk perempuan bersalin.
    k) Membantu/menerangkan pemandangan.


    7. IBU MENGANDUNG
    a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.


    8. ANAK DALAM KANDUNGAN
    a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman.
    b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


    9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
    a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari
    sakit perut.
    c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    d. Mengelak dari kembung perut bayi.


    10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
    a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


    Kesimpulan
    Kesemua makhluk yang terdapat di alam ini merupakan ciptaan Allah Yang Maha Agung .Kita sebagai hambanya yang di berikan akal fikiran untuk merenung serta berfikir akan kekuasaanAllah sebagai pencipta bagi semua yang terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang di berikan.

    Kita diberikan makanan untuk meneruskan kehidupan di samping membuat amal kebajikan serta beriman kepada Allah. Semua ini adalah sumber rezeki daripada Allah untuk hambanya. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat dan pemberianAllah. Insya Allah.