![[habbatus_sauda.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisWXZ-pZeIlSrD1vT2DjznjK_wmdHJaz_SjvntbiVrOmkPmw-AcnicqVeKszV0WN2165lREeySKeU9wt77WJl49rsnhR_Q5JzRh0sB-nghPkq4dGasIdQjg9McvGgsW76njTcR_qj8DvSv/s1600/habbatus_sauda.jpg)
Apakah Yang dimaksudkan dengan Habbatus Sauda'? Habbatus Sauda' mempunyai banyak maksud dan nama mengikut tempat tertentu antara nama nama yang dipanggil di beberapa tempat adalah:
Arab = Habbatus Sauda', Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
Maksudnya: "Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)"
(HR.Bukhari, Muslim)
Terdapat juga sebanyak 14 Hadis Shahih tentang kehebatan dan kelebihan Habbatussauda diantaranya :
Artinya : "Sesungguhnya, al-Habbatus al-Sawda' dapat menyembuhkan segala macam
penyakit, kecuali As-sam." Saya bertanya: "Apakah as-sam itu ?"
Baginda menjawab :'As-sam yaitu maut !"
( Riwayat Bukhari )Didalam kitab Shahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahwa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda sebagai berikut :
Artinya : "Tetaplah dengan al-Habbah al-Sawda" karena sesungguhnya ia mengandung obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati."
Artinya : "Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda : 'Pada al-Habbah al-Sawda' terdapat obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam."
Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda' antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan:
- Habbatus Sauda kaya dengan:
- monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- polysaccharide
- fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- amino acid yang membentuk protein
- karotene iaitu sumber vitamin A
- kalsium, zat besi, dsb.
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Penawar Ajaib
Satu ulasan ilmu kedokteran menampilkan bahwa Habbatussauda mengandung lebih dari
100 unsur penting untuk kesehatan manusia antara lain :
1. Anti inflamasi, mengobati perih dan radang tenggorokan.
2. Anti Artritic, mengobati reumatik.
3. Anti Analgesic, mengobati sakit gigi dan sakit kepala
4. Antiseptic, mengobati bau mulut.
5. Antiphyretic, menurunkan demam
6. Antivirus, mengobati flu dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus(Thypus,DBD, Hepatitis, HIV/AIDS, Flu Burung, dsb.)
Menurut beberapa hasil penelitian lainnya, Habbatus Sauda` memiliki khasiat dengan izin Allah :
1. Menguatkan imunitas system pada diri manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanker/tumor.
3. Mengobati reumatik, peradangan serta infeksi.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat
mengeliminasi gas (dalam) perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika
diletakkan di atas perut dari bagian luar sebagai aromaspa atau luluran.
Sistem Imunisasi
Kajian yang telah di lakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh, ia sangat penting dalam mencegah pelbagai jenis penyakit. Habbatus sawda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering di hadapi seperti berikut:
• Menghancurkan batu karang
• Lenguh-lenguh dan lumpuh
• Gastric/ulser
• Lelah
• Radang buah pinggang
• Kencing manis
• Darah tinggi/ jantung
• Batuk. Selesema
• Kemandulan
• Sakit otot dan sendi
• Keguguran rambut
• Sukar tidur
• Kadar kolesterol
• Sembelit
• Gout
• Resdung
• Membuang angin
• Pening kepala/migrane
• Bisol dan ketumbuhan
• Batu hempedu
• Luka-luka di hati
• Paru-paru berair
• Gusi berdarah
• Senggugut
• Obesiti/kegemukan